Pages

Monday, August 30, 2010

::.Allah juga xkan uji hambanya tanpa kemampuan kita.::



Ujian dari Allah tak akan pernah habis selagi kita hidup. .... Allah juga xkan uji hambanya tanpa kemampuan kita


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..






p/s: Kita selalu bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Tuesday, August 10, 2010

::. AhLan Ya RaMadHAn.::



Seribu
senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci

membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa


Selamat Menyambut Ramadhan
.
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada kita dan mengukuhkan ukhuwwah yang terbina….
Maaf di atas ke terlanjuran bahasa dan kata sekiranya mengguris hati..........
SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..

Monday, August 2, 2010

::.SiHaT SeBeLuM SaKiT.::


Assalamualiakum...
Alhamdulliah.... jiwa ni masih lagi bernafas mgihirup oxygen2 yg d beri percuma...post kali ni juz nk share pengalaman yg boleh di ibaratkan sihat sebelum sakit...
Actually diri ni baru jer sembuh dr sakit...sakit apa???demam+batuk+sakit tekak+selesama...hampir semggu setngh diri ni berjuang menahan sakit ni....





bila diri ni sakit macam2 ku fikir...dah r exam week...huhuhu..serabut ngn stdy pastu demam pl tu...sehinggalah diri ni dah tak tahan, tak tau la apa result akan ku dapt t...tawakal jer r t...aku di masuk kan ke hospital...thnks pada yg mghantar dan mnunggu ku di hospital...sampai terpaksa korg skip kelas...very appreciate.. kat hospital tu 2 kali aku pengsan...uiiisssshhhh....malu pun ada...diri ni di suspek denggi..aduhhh...lagi r cuak...semasa pengsan kali ke-2 badan ku ini di msukan air...sakit sebnrnya...tp gua tahan sebab tu sampai pengsan...pengsan sebab badan lemah ke atau takut jarum..aku pun tak tau...hehehehe...




serius ckp demam kali ni lain macam cikit...dah terpikir cam nk mati ja...mau tak nyer, bila demam2 ni p pl baca tanda2 nak mati...kaki kebas la, pastu dgr ada member kawan meniggal slpas semggu demam denggi la...plg buat aku takut bila diri ini termimpi org yg telah lama pergi...aduhhh...seriously mmg insaf...sampaikn dalam hati ini terdetik kata, "Ya Allah, bg la aku peluang tuk sembuh, dosa byk lgi ni...inyAllah bila sembuh nanti aku akan buat yg terbaik untuk MU" ... bila dah sembuh ni, rasa syukur sgt...mmg btul2 beri pgajaran...akan ku cuba gunakan masa sihat ni untuk buat yg terbaik...lepas dah sihat tu, terpikir sejenak, byg kan kalu di akhirat kelak, nescaya situasi cam ni mesti sama...tp ayat jer yg berbeza.." Ya Allah bg la aku peluang tuk hidup beribadat tuk MU, jika aku hidup nescaya aku buat yg terbaik untuk MU " betul x???....






kadang2 sakit ni membuat kita rasa dekat jer ngn Allah...taubat atas dosa n macam2 lagi ...btul la selalu org ckp, sakit tu mesti ada hikmah nya...


p/s : INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK
HIDUP SEBELUM MATI
SIHAT SEBELUM SAKIT