Pages

Wednesday, November 10, 2010

::.BaHaYa TiDo PaS sUbuH.::

Assalamualiakum....

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama]

Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.



[Kedua]

Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.



[Ketiga]

Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.



[Keempat]

Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.



[Kelima]

Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)



[Keenam]

Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)





Di petik dari rumaysho.com.



p/s: diri ni selalu tido pas subuh...aaiisshhhh...even 5 minit pun trasa nikmat.... kna ubah ni...

Wednesday, October 27, 2010

::.Rabbi Yassir Wala Tu'assir.::

Moga Allah permudah kan urusan ku...

berdebar hati ku...

kebergantugan hanya pada Allah.....

Sunday, September 5, 2010

::. TeTaMu SudAh HamPiR PulanG.::

  Salam ...

pejam celik, pejam celik rupanya dah sampai ker mggu akhir Ramadhan..."Tetamu" kita yg  datang hampir sebulan yg lalu ingn pulang..cam ner ngn tadarus kita??amalan sunat??huhuhu...semkin pantas kita kejar semkin pantas dia berlari...ffuuissss...
Ramadhan lubuk "emas" bg umat islam...rajin org melombong emas tu..jgn pulak bila emas dah kurang ( bulan lain ) aktiviti melombong pun tak di jalankan...ingat kawan2 tuhan yg kita sembah pada bulan Ramadhan adalah sama dgn Tuhan yg ada pada bulan2 lain...myb amalan kita tu tak la sekencang amalan bulan Ramdhan tp at least jgn ler tggal trus...  =) peringtan juga pada saya ..

 Raya??uhuhu cam tak raya ja...exam membuatkan aku "senang hati " nk raya...huhu... k la sampai di sini sja yer...sapa yg memandu time balik raya ni hati2 lah...ingtlah org yg anda sayang..kalu tak da pun ingt, aku sayang kat korg....hehehe...

in the nutshel ( practise for muet) hehehe...disebabkan kat home sweet home ku tak da internet dgn lafaz bismillallhirahmanilrahim aku mgucapkan 

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
MOHON AMPUN ATAS SALAH SILAP SEPANJANG PERKENALAN KORG KAT AKU...



     

p/s : mark midterm dah kuar..Alhamdullih walaupn tak seberapa, syukur sgt...  =) see u all in final exam my coursemate...



Thursday, September 2, 2010

::.PeMiMPiN DtG DaN PeRgI.::




" pis dapat msg??hari ni ada usrah, ko p tak??? " fuiihhhh....kejam pulak bila ingt kan balik...dialog yg selalu berkumandang 2 tahun yg lepas dan mgambil masa agak lama nk adapt...tp org yg menghantar msg tuk berusrah tak pernah pun putus asa mgajak...



;;.gmbr tahun lepas semsa hiking di gunung dato..::

senjak di sapa di mmu..pekenalan d pantai pangkalan balak...camping...jaulah...qiam...semua tu kami semakin erat...pejam celik pejam celik dah 2 tahun setgh dah pun...

semalam munkin perjumpaan "keluarga"kami yg terakhir sebelum bertemu "keluarga yg baru"...agak beremosi gak smalm huhuhu...munkin last dgr ucapan dr beliau..cepat rasanya msa berlalu... sure kami rindu teguran nada jenaka abg tu ... walaupn jenaka, tp berdesup2 kna kat hati ni...hehehehe



halal kan sgala ilmu...maknan yg di belanja n paling serba salah bila kami mula2 dulu cuba mgelak berusrah..moga ada lg kesempatan selps 4 tahun tuk kita ketemu...cam abg selalu ckp bila ada ja ahli usrah yg kuar dan dtg ...
" pemimpin akan datang dan juga pergi. berjuangn mesti ditrus kan" ..




::.benar la istilah usrah tu keluarga.::


P/S: Moga ukhwah kita semua sampai ke syurga...



Monday, August 30, 2010

::.Allah juga xkan uji hambanya tanpa kemampuan kita.::



Ujian dari Allah tak akan pernah habis selagi kita hidup. .... Allah juga xkan uji hambanya tanpa kemampuan kita


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..






p/s: Kita selalu bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Tuesday, August 10, 2010

::. AhLan Ya RaMadHAn.::



Seribu
senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci

membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa


Selamat Menyambut Ramadhan
.
Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada kita dan mengukuhkan ukhuwwah yang terbina….
Maaf di atas ke terlanjuran bahasa dan kata sekiranya mengguris hati..........
SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..

Monday, August 2, 2010

::.SiHaT SeBeLuM SaKiT.::


Assalamualiakum...
Alhamdulliah.... jiwa ni masih lagi bernafas mgihirup oxygen2 yg d beri percuma...post kali ni juz nk share pengalaman yg boleh di ibaratkan sihat sebelum sakit...
Actually diri ni baru jer sembuh dr sakit...sakit apa???demam+batuk+sakit tekak+selesama...hampir semggu setngh diri ni berjuang menahan sakit ni....





bila diri ni sakit macam2 ku fikir...dah r exam week...huhuhu..serabut ngn stdy pastu demam pl tu...sehinggalah diri ni dah tak tahan, tak tau la apa result akan ku dapt t...tawakal jer r t...aku di masuk kan ke hospital...thnks pada yg mghantar dan mnunggu ku di hospital...sampai terpaksa korg skip kelas...very appreciate.. kat hospital tu 2 kali aku pengsan...uiiisssshhhh....malu pun ada...diri ni di suspek denggi..aduhhh...lagi r cuak...semasa pengsan kali ke-2 badan ku ini di msukan air...sakit sebnrnya...tp gua tahan sebab tu sampai pengsan...pengsan sebab badan lemah ke atau takut jarum..aku pun tak tau...hehehehe...




serius ckp demam kali ni lain macam cikit...dah terpikir cam nk mati ja...mau tak nyer, bila demam2 ni p pl baca tanda2 nak mati...kaki kebas la, pastu dgr ada member kawan meniggal slpas semggu demam denggi la...plg buat aku takut bila diri ini termimpi org yg telah lama pergi...aduhhh...seriously mmg insaf...sampaikn dalam hati ini terdetik kata, "Ya Allah, bg la aku peluang tuk sembuh, dosa byk lgi ni...inyAllah bila sembuh nanti aku akan buat yg terbaik untuk MU" ... bila dah sembuh ni, rasa syukur sgt...mmg btul2 beri pgajaran...akan ku cuba gunakan masa sihat ni untuk buat yg terbaik...lepas dah sihat tu, terpikir sejenak, byg kan kalu di akhirat kelak, nescaya situasi cam ni mesti sama...tp ayat jer yg berbeza.." Ya Allah bg la aku peluang tuk hidup beribadat tuk MU, jika aku hidup nescaya aku buat yg terbaik untuk MU " betul x???....






kadang2 sakit ni membuat kita rasa dekat jer ngn Allah...taubat atas dosa n macam2 lagi ...btul la selalu org ckp, sakit tu mesti ada hikmah nya...


p/s : INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK
HIDUP SEBELUM MATI
SIHAT SEBELUM SAKIT




Sunday, July 18, 2010

::.SuP + ToMyAm= Sup TomYam .::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan rahmatNYA aku masih lg bernyawa dan dpt mengihirup oxygen dan meghembus carbon dioxide secara free...
minggu ni minggu midterm exam...secara kbetulan pulak aku d uji dgn ketidaksihatan badan btul2 time exam...demam. pening, batuk, sakit tekak...sume ada... hari ini demam pun mula r kebah sikit...terasa hasrat di hati ini ingin memasak sup ayam...maklumla makanan org sakit...
sejurus habis jer kelas FAR pda pkul10.30 pg camtu...aku trus memecut bersama moto ku yg tidak berenjin ke pasar...kat situ beli r barang2 nk masak sup...fuhhh semgt tu...

sampai jer rumah trus memulakan langkah pertama untuk memasak...






ini antara bahan2 nya....ubi 2 biji, lobak merah...tomato sebiji, 6 cili padi , pati ayam dan 1 sub bunjut.... jgn lupa main ingredient iaitu ayam 4 ketul....make sure semua di cuci bersih2 k. =)





ni bahan2 td yg telah di potong...plus bawang putih n bawang merah....di sini aku di uji dgn bawang merah yg selalu mgusik dan membuat ku menagis jika tak tahan...hukhukhuk...





selepas itu semua bahan2 mentah td di tranfer ker proses division...di sini bawang merah n bawang putih akan di goreng sehinggala bau bawang menusuk masuk hidung...




then masukkan 5 gelas air and masukan kesemua bahan2 td kecuali tomato..biar kan selama setengah jam sehingga ayam td bersama ubi lembut... =)






selepas setenah jam, barulah masukakn tomato...time tu la kita nk detect mana yg kurang mana terlebih...masuk kan garam secukup rasa...cili lebih kalu nk pedas... kat stage ni baru aku rasa semcam sikit bila tgk warna sup ayam aku...bila ku rasa, rupa2nya rasa cam tomyam...time tu mula r buat R&D...rupanya yg ku masukkan td bukan nye pati ayam tp pati tomyam....kuang...kuang....

trus aku tlepon mak apa nk buat bila sup aku telah transform jd tomyam...mak gelak bila dgr...tp untuk menyedap kan hati anaknya ni, dia kata " ala benda tu r buat sedap lagi" .....pas tu aku tnya r ada tak org buat tomyam guna sup bunjut??? " dgn nada serba slh mak aku menjawab takda kot...tp tak pa nk letak pun tak pa cz nk bg sedap( sayang mak ) .... =P





lastly ni r rupanya...sup tomyam....mmg btul ckp mak..sedap...hikhik...


p/s: jgn ingt lelaki accounting tak reti masak.... =)








Saturday, July 3, 2010

::. BaRu Nk BerJinak2 DuNiA MuLtimEdIA.::

Assalamualaikum..
hari ni sjer nk explore dunia multimedia ni...dapat r blajar cam ner nk wat animation...ssh gak sbnrnya....




thanks to abg sham coz bg pinjam buku...best blajar wat flash ni...yg peliknya pgang buku ni tak ngntok, bila pengang buku FAR trus kuyu...uhuhuhu...






animation simple2 yg baru belajar 1st day...tp sound pl leh hilang..hehe


p/s: asyik mengadap buku accounting jer, jom kita try bidang lain pl... =P


Monday, June 14, 2010

::.WhY We ShOuld never GivE uP Or QuiT.::

Assalamualaikum..

entry kali ni just nak share one aspiration...video tgk ngn housemate baru( ali yamen)... video btul2 membuat kan saya sedar nothing is possible kalu kita berusaha... so layan lah video ni k... =)











p/s: so the moral value of this story is, seseorg itu munkin mengganggap kan lelaki dalam video ni adalah disability person which is he does not have any leg or arm but for him disability, is the person who cant achieve goal...it depends our mind...our mind will differentiate either we are able or disable to do something...either it hard or not try it before u give up ... remember Allah look for our effort not the result.....

Thursday, June 10, 2010

::. JuALaN PeNgHaBiSaN StOk BuKu.::


Assalamualaikum...

hai tuan puan, adik abg dan kakak...mari sini baca ni blog..kat sini ada jualan penghabiasn stok buku....sapa cepat dia dapat...lambat tak dapat ...lambat tak dapt....





Managerial accounting for accounting stdnt beta year...




princple of finance for accounting stdnt beta year...






management for beta year




english text book 1 and 2..foundation level...







business math text book...foundation managemnt level n BBA stdnt..




statistics n probability....foundation managemnt n BBA stdnt....


P/S : keaadaan buku masih segar n fresh lagi...cume bau kedai jer dah hilang..hehe...buku yg ori siap di balut...keaadaan seperti baru semalam jer beli... =)



price??
freee??????
huhuhuhuuuhu




half price for phostate book...and discount 30% bg origianl book( after deduction with depreciation) =).......


jika mahu byk lagi buku2 terpakai please make order...( any course) akan ku CUBA tnya pada sahabat2 handai jika ada yg ingin menjual... =)


"tak rugi jika anda invest duit anda untuk buku"







Monday, June 7, 2010

::.MeNjAnGKaU UmUr 20.::

Allhamdullah....
saat menaip entry ni, umur ku sudah pun mejankau 20 tahun..uhhhuhu cam tak percaya ja...tp syukur ke hadrat illahi cz badan ni masih lg boleh bernafas dan sihat... thanks pada yg wish n thanks gak pada yg buat prank kat aku...kuang asam betul time2 subuh pl tu...
aku ingt terlps bila dah tdo awal, tp firasat hati aku btul, c apis n uddin tak kan lps kan aku cam tu... kdgran suara apis n uddin mendayu2 gerak aku bgun subuh...punya la romantik..tiba2 1 cecair yg berbau d sapu ke muka badan n rambut...keadaan masih blur,aku meredha kan keadaan cz masih blur...huhuhu...ingt mimp rupa nya btul cz bau dia punya la busuk...even pas cuci pun bau dia perggghhh mmg melekat kat idung...skang duk type ni pun msih pening bau benda ni..lps soal kpd din baru r dia gtau, bnda tu dia perbuat dr tepung+air peti sejuk yg busuk+susu tepung yg busuk+serbuk teh..aku ingt sampai d situ ja...yg c apis pl p tambh belacan + tempoyak...korg byg kan keadaan bau n rasa cam ner??? mmg enak r...pening aku....Nway thanz cz bersusah payah...hehehe..hbis jer prank aku terus kami sesama solat subuh kat surau..lama tak solat subuh surau ni..uhhuhu...tp rasa2 nyer jemaah subuh ni bau kot belacan yg tak hilang2 ni..hehehe =)





p/s : umur yg makin meningkat ni menanda kan ajal pun semakin dekat...

Friday, May 21, 2010

::. BiLa MooD TgH RaJin.::




Assalamualaikum...

ermmm agak bersawang gak blog ni..lama tak update..uhuhuh...tiba hari ni rasa rajin pl nk buat sume benda..kisah bermula bila lama tak menjeling almari rak buku, tiba2 mata ni jeling2 manja kat almari rak buku, tgk keadaan buku selps exam agak menyerabut kan kepala hotak ni...so dgn mood rajin ni, aku gagah mgeluar kan semua buku2 n beberapa "senjata" untuk menukar kan balik keadaan yg serabut tu menjd ok...aku merawat balik buku2 yg cedera akibat
"exam war"...





ni antara buku2 yg cedera akibat "exam war"...






ha ni keadaan selepas d balut "luka"...

actually terasa byk gak buku yg ori aku beli...beli la brg yg original...hehehe... bila dah balut buku ni, tersa baru pl buku2 ni...rasa cam semalam je beli..nampk baru jer ( puji sikit ) cuma bau kedai jer dah hilang, ganti ngn bau lain pl..hahhaha....



p/s : hargailah buku anda... =)



Thursday, May 6, 2010

::. PeLuAnG BerMuSaFiR Ke PanTai TiMur.::











Assalamu'alaikum..

Pengumuman !!

Berita Baik !!

Peluang bercuti ke Terengganu !!

I-SMART dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ,MMU Melaka, akan menganjurkan program 'MUSAFIR AL QURAN' ke Terengganu.Program berkonsepkan lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan mempelajari Al-Quran dan mengamalkan perintah-perintah yang terkandung di dalam Al-Quran ke dalam hidup aku.

~Musafir Al Quran~

Hari : Ahad - Rabu
Tarikh : 23 - 26 Mei 2010
Lokasi Utama : Institut Al-Quran,Terengganu
Yuran : RM20 sahaja seorang( telah d turun dr RM40 )

Aktiviti-aktiviti yang menarik :
  1. Lawatan ke IQ Terengganu
  2. Mempelajari teknik hafazan Quran dan teknik tulisan khat(khaligrafi Islam)
  3. Mengenali tajwid,makhraj bacaan, dan ilmu qiraat.
  4. Berkongsi pengalaman dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam.
  5. Kenali sejarah umat Islam.
  6. Aktiviti bersama belia tempatan.
  7. Permainan team building tepi pantai.
  8. Jelajah kampung,explore race.
  9. Lawatan ke rumah warga emas.
  10. Pertandingan memasak nasi dagang.
  11. Bersiar-siar di sepanjang sungai Setiu,night river cruise.



SAPS point
diberikan !!

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :

Hazri : 013 6316405
Faain : 013 6008992
Nawwar : 013 6285010



P/S : jadi apa tggu lagi...murah, menarik dan menyeronokan...peyertaan hanya terhad pada 30 sahaja...moh ler kita yob( kuar loghat perak pulak )...Baju Musafir ke terengganu juga d beri =)...

Sunday, April 25, 2010

::.TiPs TiPs MenJeLang ImTiHan.::




FIZIKAL

jaga kesihatan & pemakanan [ halalan toyyiba ]
x mkn makanan syubhah, x merokok, mkn kismis, kurma, madu
tido kena cukup [tido ikut sunnah]
berwudhuk, hadap kiblat, lambung kanan, memaafkan orang lain
puasa sunat [isnin & khamis]
riadah atau bersenam



MENTAL

jaga emosi [jgn ada pemikiran -ve]
cth : dah set dlm kepala takut gagal = merancang tuk gagal

minda + ve [SAYA MESTI BERJAYA !]
jgn menyerah sebelum berjuang!
jgn terlalu memikirkan / tension dgn harapan ibu bapa YTM JPA or PTPTN
fokus dgn apa yg nak dibaca ( 40 minit yg awal )
hindarkan stdy berdua-duaan lelaki + perempuan
hindarkan perkara2 yg boleh merangsang syahwat! [puasa lebih baik...]
elakkan gangguan2 emosi [dr kawan2 dll]
x digalakkan utk study dlm keadaan baring
yakin pada diri tapi jgn terlalu yakin!
hindarkan dari bersangka buruk terhadap org lain & makhluk ALLAH yg lain




GAYA / CARA HIDUP

cara duduk di atas kerusi [x bersilang kaki, duduk spt org yg berilmu]
cara jalan [x terlalu mendongak, x terlalu menunduk, besederhanalah....]




ROHANI

solat hajat [digalakkan dari awal sem]
doakan diri sendiri & org lain juga
mohon ketenangan, minta restu ibu bapa
qiamullail [melatih jiwa]
banyakkan berzikir, baca al-Quran
jauhi segala maksiat [terutamanya penyakit hati dll]
x melakukan dosa2 besar & kecil secara berterusan
banyakkan berdoa
digalakkkan baca surah Asy-Syarh
banyakkan berselawat
akhir sekali tawakkallah kpd ALLAH s.w.t



http://farm4.static.flickr.com/3078/3160797795_2f323f6645.jpg


:"SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN....SEMOGA BERJAYA DI DUNIA WAL AKHIRAT..& BERCITA-CITALAH UNTUK BERKHIDMAT DGN ILMU YG DIMILIKI"...BITTAUFIQ WA NAJAH....





Thursday, April 22, 2010

::.UmmAh TalK.::

Assalamualaikum...
hurrmmmm.... terasa nk updated sikit r pl..
Actually diri ni baru balik dr dgr talk ustaz najib dan ustaz abdul halim...
mmg best r dgr talk dr speaker yg hebat2 ni...walaupun jam d hp tunjuk pkul 12 rasa cepat r pl masa berlalu...topic yg d bincng kan pl related ngn keadaan skng cth isu sosial, tanda2 akhir zaman, merungkai maksud tua kah bumi ni??kawin muda( ramai pl yg excited ) ...n ada sentuh pasal economic..as accounting student mmg syok r dgr pasal bab2 economic ni... nk summarize ke semuanya tak larat r pl..hehehe.. tp ada 1 keajaiban dalam ceramah ni, ajaibnya mmber aku yg selalu nya akan " bermeditasi " sebentar
( tido ) tak bermeditasi pl ceramah kali ni...heran..walaupun selalunya tu perkara wajib dia bt..hahahaha... teka la sapa org nya=)...
overall mmg best r ceramah tu...byk gak info yg ku dapat..Alhamdulillah Allah pilih gak hambaNYA ni walaupn dalam kesibukn tuk persiapan exam ni...




Antara gambar yg sempat d snap...MC ( nik amin ) yg mantap MENGhandle majlis, Ustaz Abd Halim yg petah bercerita ttg economi n Ustaz bahasa Arab ku ustz Najib yg senantiasa mnceritakan 1 cerita yg menarik dan boleh amik ikhtibar...




ha ni pl sapa?? ni r tauke HPA mmu ...abg zul...sje jer nk promote.. =)



p/s : salam imtihan wahai warga university semua..All da best..doa kan sy juga k..jgn tension2... =)
sok hari jumaat ada solat hajat n sedikit tazkirah dr En. Zam kita...jumpa d sana... ;-)









Saturday, March 27, 2010

::. IvaQ and DeMi PaLesTinE.::

Alhamdullilah..
dalam kesibukan diri ni ada juga kesempatan nk cuci sarang yg makin bersarang dalam blog ni..uhuhhu...
hari ni jadual mmg pack ...ushhh...tp mmg menyeronok kan...
pagi2 lg dah kna bgun tuk pergi IVAQ( inter varcity accounting quiz )..pg2 kah kami bgun????heheh...bgun lewat gak terpaksa la pergi lambt sikit..al maklumla terlepas bus..hehe...acara tu dr kul 8 a.m sampai la pkul 5 p.m....wah2 lama tu...walupn lama, da gak input kami dapat...walaupn ckit bangat...hehehe...hope input yg sikit tu jd la output yg huge n excellent ...hehhe...di sebabkn program IVAQ tu lama sgt, so kami( apis aku aleep n sharom) decide half kita dgr half lg tdo kat surau..memg berbaloi la...maklum la malam tu kami ada program nk kna wat..as management stdnt time managemnt is importnt ( kadang2 jer guna prinsip ni) =P...kira tdo kami tido bersebab la..tak sia2...

hbis jer program IVAQ dalam kul 6 camtu...kami trus mmenungang kelisa yg di kemudi oleh uddin bersama co pilot abg khir...kami bergerak ker sg udang cz ada Petronas family day..kami pun sudah d berikan tugas..tugas kami ialah menjual milkshake...wah2...sodap...separuh dr jualan kami d sumbg kan untuk saudara kita d palestine...walaupn penat tak hilang lagi..kami ggah menimba ilme dapur yg d ajar oleh abg amru...skali ajar jer...tp jd tak jd kami tak tau...asal kan rasa ada..hahha.... nama kedai kami d beri nama Demi Tien... sampai ker malam kami berniaga...Demi palastine punya pasal kami tak kisah...selamat kami tdo time IVAQ...hehehe..back up plan kalu2 letih time malm katakn ...

Alhamdulliah kdai kami antara kdai yg tutup awl...bukan sebab bankrupt k.. =P tp disebabkn ada ramai abg2 hensem kat kdai tu, so jualan pun hbis...sampai tak menang tgn...lepas ni kalu da tender milkshake lg leh panggil kami k...ha ni ada sedikit gambr hr kejadian...layannnn...







udin ngn bakat semula jdnya...kibas apa din??aku pun tak tau...hehehe





apabila customer ada di depan...fokus tu penting...




alep dgn membuat milkshake strawberry nya..



ni hasilnya...seperti yg d maklum d ats,walaupn rupa tak da, tp rsa milkshake tu penting...=P




udin tgh mencr pelangan..pelanggan milkshake ok...good marketing uddin...





tgk di sebabkn kan kuat kerja...makn pun kna curi2...bgus btul pekerja ni...





suasana berkerja...mmg meriah...apis udin alep korg mmg terbaik la...




setelah penat berkerja...gambr ni shake sikit...maklum la tgn apis dah berjam2 shake milk...so ada sedikit r kesan sampingn yg leh kita dapat dalam gmbr ni..hehehe...sori apis...


P/S : hidup d dunia ni semunya penat...tp penat macam mananya kita nk?? ada yg penat belajar jer...penat bersukan ...penat berseronk...jd kita lah yg menentukan penat macm mana yg kita nk...cz rasa penat nyer sama jer tp hasil d akhirat jer berlainan....jd nk rehat btul2 rehat la di akhirat kelak....



~till end~











Friday, March 19, 2010

::. KaiTan Nya SeDeKaH DaN HaRi AkhiRat.::


SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad bertuah kerana Baginda sudah menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti.

Antara keterangan Rasulullah ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia. Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili. Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hukuman di antara manusia.”
Yazid berkata: “Abul Khair tidak pernah melewati satu hari pun melainkan ia bersedekah padanya dengan sesuatu, walaupun hanya sepotong kuih atau bawang merah atau seperti ini.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW dengan jelas menyatakan: “Naungan orang beriman di hari Kiamat adalah sedekahnya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Menyedari hakikat itu, rajin-rajinlah bersedekah supaya memperoleh naungan di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.

Ketahuilah dan janganlah sekali-kali kita memandang remeh pemberian diberikan. Sesungguhnya bukan banyaknya sedekah yang dikira, tetapi keikhlasan hati.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan sedikitpun perbuatan makruf sekalipun kamu sekadar menemui saudaramu dengan wajah berseri.” (Hadis riwayat Muslim)



Suatu ketika, seorang sahabat pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang miskin berdiri di depan pintu rumahnya. Maka dia tidak menemukan sesuatu yang dapat di berikan kepada orang miskin itu.

Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika kamu tidak menemukan sesuatu yang dapat kamu berikan kepadanya selain kuku binatang yang dibakar, maka serahkanlah kepadanya di tangannya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan serta sikap pengecut dan kebakhilan.” (Hadis riwayat Muslim)


Thursday, February 25, 2010

::.JuMaAt TaHun iNi .::

Assalamualiakum...
Salawat dan salam di tujukan pada Rasullah S.A.W...contoh dan teladan yg baik yg patut d contoh.. Hari ini, hari jumaat...sekali lagi jumaat yg penuh bermakna buat kita umat Islam...Jumaat 26 hb feb 2010 persamaan 12 rabiuawal 1431 hijrah....

Subuh td, dgn suasana hening pg yg betul2 menusuk hingga ker tulang2 rusuk aku...aku n my roomate pergi la menuju ke tempat seruan...dlam perjalanan tu kami sj2 sembng2..berbual ttg Maulidul rasul yg jatuh pada hari jumaat..sungguh bertuah n istemewa nya kita cz kebykan hari2 besar yg kita sambung tahun ni, jatuh pada jumaat...Hari raya korban(27.11.2009) , tahun baru hijrah ( 18.12.2009) hari natal ( 25.12.2009) tahun baru ( 01.1.2010) berlaku gerhana matahari (15.01.2010) Maulidul rasul ( 26.2.2010) mati nya jesus kristian ( 2.4.2010) hari wesak (28.06.2010) hari raya Aidilfitri (10.9.2010) nuzul Quran (27.8.2010) Deepavali (5.11.2010)..

sume hari dalam kurungn tu jatuh pada hari jumaat...banyak sebenarnya peristiwa penting yg berlaku pada hari jumaat ni...dalam perbualan kami dlam memecah kesunyian dan keheningn subuh pg tu, terpikir pl hari kiamat berlaku pada hari jumaat...perasaan gerun,risau, n macam2 lg menyebulungi diri...bila topik pasal hr kiamat tu d buka kami terdiam...aduhhh....risaunya....
Bg sapa yg terbaca entry sy pda kali ni termasuk lah sy sendiri...mari la kita sama2 memunasabah kan diri kita balik...sy akhiri entry ni dgn 1 soalan pada kalian n khusus pada dr sendiri
Sudah Bersediakah Kita Memghadapi Hari Penghitungan Dan pembalasan????








Sunday, February 7, 2010

::.KuRniaKan Lah Ku sEmAnGat.::

Ya Allah kuat kan la semagt hamba MU yg lemah ni ....
kadang2 diri ni terasa penat sgt..ada ker masa nk wat ni nk wat tu..
jika nk cari masa dalam hidup ni mmg tak kan cukup..
solutionnya..manage your time properly n u will see how much time u have...
but can i ???InsyAllah....



"Ya Allah jauh lah hamba MU ini dr
ilmu yg tidak bermanfaat
hati yg tidak khusyuk
diri yg tidak pernah kenyang
dan doa yg tidak makbul"



Saturday, January 16, 2010

::.SeLeCtIoN EgYpT FooTBall TeaM BasEd On FaitH n SkiLL.::

KAHERAH: Jurulatih Mesir, Hassan Shehata hanya mahukan pemain yang mematuhi ajaran Islam dan berkata pemilihan pasukannya adalah berdasarkan sikap alim dan skil seseorang pemain itu.
Kemasukan aspek agama dalam sukan adalah sebahagian daripada gerakan agama konservatif negara itu, sedikit demi sedikit dalam beberapa dekad kebelakangan ini dengan lebih ramai umat Islam bersembahyang di masjid, wanita berpurdah di tempat awam selain mengurangkan sikap tolak ansur dengan penganut agama Islam sekular atau golongan minoriti Kristian. Tidak ada pemain beragama Kristian dalam skuad itu yang mempertahankan kejuaraan Piala Negara Afrika di Angola.

Sudah bertahun-tahun atlit Mesir menunjukkan sifat warak mereka di depan peminat dan media dengan bersujud untuk berdoa sebagai tanda terima kasih selepas menjaringkan gol atau meraikan kemenangan atau berdoa sebelum perlawanan bermula bagi memohon kejayaan daripada Tuhan.

Namun komen Hassan mengenai aspek agama dalam sukan adalah satu senario yang baru.

Beliau yang dipetik dalam akhbar di Kaherah sebagai berkata, skil saja tidak mencukupi untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan bimbingannya.
Beliau berkata ‘taat kepada agama’ adalah faktor utama dalam pemilihan pemain.

“Tanpa faktor itu, kami tidak akan memilih mana-mana pemain, tidak kira potensi yang dimiliki,” katanya. “Saya selalu mahu memastikan pemain menyarung jersi Mesir adalah mereka yang mentaati perintah Tuhan.” Sebuah akhbar bebas al-Shorouk memetik Hassan sebagai berkata, Ahmed ‘Mido,’ yang dipinjamkan dari kelab England Middlesborough ke kelab Mesir, Zamalek digugurkan tidak lama selepas dipilih kerana tidak memenuhi ciri-ciri pemain warak yang dimahukan pengurus pasukan itu.

Mido digugurkan empat hari selepas dipilih bulan lalu dan keputusan itu nyata mengejutkan selepas Mesir kehilangan Amr Zaki, bekas pemain kelab England, Wigan yang disisihkan akibat kecederaan serta pemain tengah menyerang, Mohammed Abu Trekka.

Mido, yang terkenal dengan aktiviti sosialnya berkata, dia berasa terhina dengan pengguguran itu.

Hassan, bekas pemain tengah kreatif Mesir, tidak berselindung mengenai peranan besar yang dimainkannya dalam menyeru pemain agar mentaati agama.

Beliau sering dilihat berdoa oleh berjuta-juta peminat yang menonton televisyen ketika perlawanan. Beliau juga selalu meminta penyokong supaya berdoa untuk pasukan kebangsaan.

Kelmarin, Hassan memberitahu bagaimana beliau memujuk penyerang Mesir, Mohamed Zidan yang bermain untuk kelab Jerman, Dortmund, agar bersembahyang.
“Saya tidak suka dengan caranya yang kerap bersendirian tanpa bergaul dengan pemain lain,” kata Hassan mengenai Zidan. “Saya meyakinkannya mengenai betapa sembahyang itu penting dan wajib. Sejak itu, dia sudah mula bersembahyang.” - AP (METRO)


P/S: Majulah sukan untuk negara dan ummah...