Pages

Sunday, February 15, 2009

::.KuAsA PeMuDa.::

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang
tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi
pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai
yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai
demikian melalui sabdanya:


'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:-Usia muda kamu sebelum
tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu
sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

0 comments: